Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Cubaan Wanita Thai Seludup Ganja Di Kedah

Published: 16 Jun 2014 8.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menemui 24 ketulan mampat dipercayai ganja dalam dua beg yang dibawa suspek dan percaya dadah ini hendak dibawa ke Lembah Klang untuk diserahkan kepada sindiket di sana..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-cubaan-wanita-thai-seludup-ganja-di-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:44 MYT

ALOR SETAR, 22 Januari 2012 (Bernama) -- Polis mematahkan satu lagi cubaan wanita Thai menyeludup dadah menerusi stesen bas Shahab Perdana di sini.

Ini berikutan penahan seorang wanita Thai berumur 31 tahun bersama-sama 23.7 kilogram ganja bernilai RM67,000 kira-kira 8.45 malam tadi.

Ini merupakan kes ketiga dalam tempoh dua bulan di mana wanita Thai ditahan kerana cuba menyeludup ganja menerusi stesen bas yang sama.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kes terbaru itu, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri ketika dipercayai hendak menaiki bas ke Kuala Lumpur.

"Suspek masuk ke negara ini melalui sempadan Bukit Kayu Hitam dan menaiki bas dari Changlun ke Shahab Perdana, dipercayai hendak menukar bas untuk ke Kuala Lumpur.

"Polis menemui 24 ketulan mampat dipercayai ganja dalam dua beg yang dibawa suspek dan percaya dadah ini hendak dibawa ke Lembah Klang untuk diserahkan kepada sindiket di sana," katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Beliau berkata siasatan turut mendapati suspek masuk ke negara ini sebanyak tiga kali sebelum ini dan malam tadi merupakan kali keempat dia berbuat demikian.

Ahmad berkata suspek tersebut berasal dari Bangkok dan dia direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Setakat ini kita tidak dapat tentukan kaitan (antara ketiga-tiga kes), tapi percaya ia melibatkan sindiket di negara jiran yang menggunakan wanita-wanita ini untuk menyeludup dadah," katanya.

Seorang wanita Thai berusia 29 tahun ditahan pada Disember lalu kerana cuba menyeludup 17.4 kilogram ganja manakala seorang lagi yang berumur 28 tahun ditahan pada 8 Jan lalu kerana didapati membawa 12,950 gram ganja.

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM