Lagi Ahli Kongsi Gelap Berjaya Diberkas
Polis
Berjaya memberkas seramai 12 lelaki disyaki ahli tiga kumpulan kongsi
gelap dalam operasi Op Cantas Khas di daerah Kuala Selangor sejak 18
Ogos lalu. Mereka yang disyaki anggota Geng 08, 36, dan 21 itu merupakan
sebahagian daripada 1,361 orang yang diperiksa polis dalam operasi itu.
Polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri, peluru, parang
dan 10 buah kenderaan dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo