Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.39 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Bukit Aman, 26 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya mematahkan tiga cubaan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pintu masuk negara ini dengan tertangkapnya 4 ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-cubaan-sindiket-pengedaran-dadah-tumpas-20140618
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:28 MYT

Bukit Aman, 26 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya mematahkan tiga cubaan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pintu masuk negara ini dengan tertangkapnya 4 orang ahli sindiket yang terdiri daripada seorang lelaki warga Nigeria, seorang wanita warga Thailand serta pasangan lelaki dan wanita tempatan.

Ketiga-tiga tangkapan telah dilakukan di mana dua tangkapan dijalankan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang dan satu tangkapan di sebuah bilik hotel di Sepang.

Sejumlah 9.16 kg syabu dan 495 gram kokain telah berjaya dirampas dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 1.5 juta.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 sehingga 31 tahun telah direman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.

3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas

Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Bukit Aman
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.39 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM