Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

La Ode Dihukum Gantung

Published: 15 Aug 2014 3.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/la-ode-dihukum-gantung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:50 MYT

Shah Alam,14, Ogos - Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir turut memerintahkan tertuduh dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu.

Beliau memutuskan demikian setelah berpuas hati Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd. Azari Harun dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. AsyrafMd. Kamal yang mengendalikan pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

La Ode Dihukum Gantung

Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 15 Aug 2014 3.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM