Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dapat Balik Lori Hilang

Diterbitkan: 15 Aug 2014 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan rampasan lori bermuatan barangan berharga di sekitar Hilir Perak, selepas memberkas seorang lelaki dan menemui semula sebuah lori yang di larikan bersama sejumlah 59 batang besi dianggarkan berharga lebih RM100,00 di Hutan Melintang, awal bulan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dapat-balik-lori-hilang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:33 MYT
Teluk Intan, 15 Ogos - Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan rampasan lori bermuatan barangan berharga di sekitar Hilir Perak, selepas memberkas seorang lelaki dan menemui semula sebuah lori yang di larikan bersama sejumlah 59 batang besi dianggarkan berharga lebih RM100,00 di Hutan Melintang, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan di mana berlakunya kejadian rampasan sebuah lori oleh sekumpulan tiga lelaki yang memakai topeng ski ketika pemandu lori itu memberhentikan kenderaannya di sebuah restoran di jalan Feri, kira kira 800 meter dari Balai Polis Hutan Melintang untuk membeli air.

Pihak polis berjaya mengesan suspek di kawasan Sekinchan, Selangor dan melancarkan operasi Ops Kesan bagi menjejaki penjenayah bersama lori dengan bantuan Polis Selangor.

Dengan kerjasama yang diberikan, pihak polis berjaya menahan seorang daripada suspek yang berusia 33 tahun manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Dapat Balik Lori Hilang

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2014 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM