Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kursus Penyembelihan Mengikut Syari At Islam Siri 1 2011 Peringkat Ipd Ampang Jaya

Published: 11 Jun 2014 1.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Objektif Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam ini adalah untuk mendedahkan peraturan Islam. Dalam penyembelihan binatang ternakan mengikut peraturan Islam adalah sangat baik untuk kesihatan, ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-penyembelihan-mengikut-syari-at-islam-siri-1-2011-peringkat-ipd-ampang-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:31 MYT
Selangor - 5 April 2011

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Ampang Jaya dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor (PAID) telah berjaya mengadakan Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam Siri 1/2011.

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Objektif Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam ini adalah untuk mendedahkan peraturan Islam. Dalam penyembelihan binatang ternakan  mengikut peraturan Islam adalah sangat baik untuk kesihatan, juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat.

Kursus pagi ini dihadiri seramai 40 orang perserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Anggota dan Kakitangan Awam IPD Ampang Jaya, Selangor. Kursus pagi ini  memberi peluang kepada para peserta kursus untuk mempraktikkan cara-cara penyembelihan yang telah diajar secara amali. Sebanyak empat puluh ekor ayam dan dua ekor arnab telah disembelih dengan sempurna oleh para peserta kursus. Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam berakhir jam 1.30 petang.

Kursus Penyembelihan Mengikut Syari At Islam Siri 1 2011 Peringkat Ipd Ampang Jaya

Kursus Penyembelihan Mengikut Syari At Islam Siri 1 2011 Peringkat Ipd Ampang Jaya
Ustaz Ahmad Safwan bin Nayan sedang memberikan taklimat dan menjawab pertanyaan para perserta

Kursus Penyembelihan Mengikut Syari At Islam Siri 1 2011 Peringkat Ipd Ampang Jaya
Teori penyembelihan... Menunjukkan cara-cara penggunaan dan jenis pisau yang sesuai untuk menyembelih haiwan

Kursus Penyembelihan Mengikut Syari At Islam Siri 1 2011 Peringkat Ipd Ampang Jaya
L/kpl Baharuddin bin Ruhani mempraktikkan teori yang telah dipelajari dilihat oleh Ustaz Ahmad

Wartawan/Foto : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor
ArticlePublished 11 Jun 2014 1.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM