Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Peserta-peserta kursus terdiri daripada PDRM (BAKA), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JAWI, JHEAINS, UiTM, Masjid Wilayah Persekutuan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-asas-penceramah-modul-bersepadu-kursus-pra-perkahwinan-islam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:25 MYT

Kuala Lumpur - 9 Julai 2009. Seramai 64 orang peserta telah menghadiri Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI II) Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Polis Diraja Malaysia.

Kursus telah bermula dari 7 Julai 2009 dan berakhir 9 Julai 2009, bertempat di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Peserta-peserta kursus terdiri daripada PDRM (BAKA), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JAWI, JHEAINS, UiTM, Masjid Wilayah Persekutuan dan Lembaga Getah Malaysia.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YDH SAC II Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia. Hadir sama ialah Y.Bhg. Puan Marzita bt Ibrahim, wakil Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Keluarga Bahagian KESUMA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Y.Bhg Tuan Azizan bin Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM dan C/Insp Ahmad Jais bin Ujang, Ketua Cawangan Kaunseling Ibu pejabat Polis Dang Wangi.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling , Jabatan Pengurusan Bukit Aman bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seramai lapan orang penceramah telah diundang khas untuk menyampaikan ceramah.  Tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan ialah :-

1.  Akidah                                                                     - Y.Bhg. Ustaz Sarip bin Abdul
2.  Ibadah                                                                     - Y.Bhg. Ustaz Ahmad Termizi bin Zainuddin
3.  Prosedur dan Perkahwinan                                         - Y.Bhg. Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh
4. Aakhlak                                                                     - Y.Bhg. Ustazah hariati Bt Abu Kher
5. Pengurusan Kesihatan                                                 - Y.Bhg. Dr. Roslan bin Johari
6. Komunikasi Suami Isteri & Pembubaran Perkahwinan        - Y.Bh. Ustazah Hjh Zawiah bt Hassan 
7. Pengurusan Kewangan & Masa
   Perhubungan Dalam Keluarga                                         - Y.Bhg Ustaz Sazali bin Husin
8. Pengurusan Stress & Konflik
   Perkhidmatan Rundingcara di JAIN                                  Y.Bhg Ustazah Zawanah bt Muhamad

Di akhir kursus, YDH SAC II Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA), Polis Diraja Malaysia menyampai Sijil Penyertaan kepada semua para peserta kursus.

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Antara peserta wanita yang hadir Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Peserta-peserta kursus sedang mendengar ceramah..

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Ustazah Hjh Zawiah bt Hassan menyampaikan ceramah bertajuk 'Komunikasi Suami Isteri'

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Ucapan oleh YDH SAC II Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA).

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Antara tetamu yang hadir di majlis penutupan dan penyampaian sijil..

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Prof. Madya Noor bin Awang hamat dari Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam , UiTM Kelantan menerima sijil dari YDH SAC II Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA).

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Superintenden Azhan bin Abdul Halim, dari BAKA Bukit Aman menerima sijil penyertaan

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
Bergambar Kenangan di hadapan Hotel Quality, Kuala Lumpur

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM