Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kedua-dua kejohanan yang di adakan serentak ini juga diharap dapat melahirkan warga PDRM yang sihat, cergas dan berdisiplin disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan 'esprit de corps'..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-karate-bola-tampar-piala-kpn-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:05 MYT

Ulu Kinta- 12 Julai 2009. Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Karate & Bola Tampar Piala KPN 2009, bermula 10 Julai hingga 12 Julai 2009.

Majlis penutupan Kejohanan Karate & Bola Tampar Piala KPN 2009 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Hadir sama di majlis penutupan tersebut ialah YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah, ketua Polis Perak, YDH SAC I Dato' Hj Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis, YDH ACP Ramli bin Din, Timbalan Komander Briged Utara, YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA sertaPegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sebanyak 20 pasukan dari seluruh Kontinjen, Briged dan Pusat Latihan Polis telah mengambil bahagian dengan penyertaan keseluruhan seramai 690 orang. Seramai 285 peserta telah mengambil bahagian dalam acara bola tampar dan 405 orang peserta lagi terlibat dalam acara karate.

Penganjuran bagi kedua-dua kejohanan ini akan menjadi fokus utama kepada Majlis Sukan PDRM untuk mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi di kalangan warga PDRM untuk diketengahkan bagi mewakili negara di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Sesungguhnya era keunggulan dan kegemilangan PDRM suatu ketika dulu dalam pelbagai arena sukan boleh dimartabatkan kembali dengan adanya perancangan yang rapi serta komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat dalam sukan ini.

Kedua-dua kejohanan yang di adakan serentak ini juga diharap dapat melahirkan warga PDRM yang sihat, cergas dan berdisiplin disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan 'esprit de corps', menjalinkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan persefahaman di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Keputusan pertandingan bagi acara Bola Tampar :-
1. Johan- Kontinjen Sabah
2. Naib Johan - Kontinjen Pahang
3. Ketiga- Briged Utara PGA
4. Keempat- Bukit Aman

Keputusan Karate Kumite (Berpasukan) Perempuan
1. Emas - PULAPOL Kuala Lumpur
2. Perak- Kontinjen Kuala Lumpur
3. Gangsa 1- Bukit Aman
4. Gangsa 2- PULAPOL Air Hitam

Keputusan Karate Kumite (Berpasukan ) Lelaki
1. Emas - Kontinjen Selangor
2. Perak- Bukit Aman
3. Gangsa 1- Briged Utara
4. gangsa 2- Kontinjen Sabah

Keseluruhan Karate Kumite
1. Johan- PULAPOL Kuala Lumpur
2. Naib Johan- Kontinjen Selangor
3. Ketiga- Kontinjen Sabah
4. Keempat- Kontinjen Terengganu

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Pertarungan sengit yang berlangsung sehingga lima set dipertandingan akhir Bola Tampar antara Pahang dan Sabah...

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Acara kumite perempuan akhir antara kontinjen Kuala Lumpur dan PULAPOL Kuala Lumpur

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Kumite akhir antara Kontinjen Selangor dan Bukit Aman

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Pengurus-pengurus pasukan kontinjen sedang mendengar ucapanperasmian penutupan majlisoleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Penyampaian cenderahati kepada YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Kontinjen Terengganu di tempat Keempat keseluruhan karate

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
Kontinjen Selangor...Naib Johan keseluruhan acara karate

Kejohanan Karate Bola Tampar Piala Kpn 2009
PULAPOL Kuala Lumpur, Johan Keseluruhan Karate

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM