Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran

Published: 11 Jun 2014 2.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Penyelengaraan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam penyasatan kes yang berkaitan dengan perdagangan manusia dan juga menunjukkan keseriusan kami dalam memerangi perdagangan orang ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-anti-pemerdagangan-manusia-dan-penyeludupan-migran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT
Kuala Lumpur - 4 Mei 2011

Konteks Pemerdagangan Orang bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi (Seksyen2 AAO). Tujuan pemerdagangan ini termasuklah eksploitasi protitusi, ekploitasi seksual, buruh paksaan, khidmat layanan paksa, perhambaan dan pemindahan organ.

Definisi Pemerdagangan Orang jelas membayangkan kekejaman dan sifat tidak perkemanusiaan sebilangan individu demi mengaut keuntungan. Kerajaan, organisasi antarabangsa dan masyarakat awam sentiasa berusaha untuk mengekang jenayah ini daripada terus berleluasa.

Oleh yang demikian, Kursus Anti-Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran telah dilancarkan di Maktab PDRM Cheras petang ini. Pelancaran kursus telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar. Turut hadir majlis petang ini adalah YDH Dato' Acryl Sani, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah,Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, YDH SAC Chee Cheng Wan, Ketua Penolong Pengarah (D4), Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Wakil-wakil kedutaan, Pegawai Polis dan Wakil-wakil media.

Objektif kursus ini adalah untuk memahami dan mengkaji dengan lebih dalam  tentang corak serta ruang lingkup jenayah ini. Dengan adanya kursus seumpama ini, perancangan dasar strategi yang berkesan dan langkah-langkah untuk memerangi jenayah ini dapat dibentuk.

"Penyelengaraan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam penyasatan kes yang berkaitan dengan perdagangan manusia dan juga menunjukkan keseriusan kami dalam memerangi perdagangan orang di negara ini. Dengan demikian, saya berharap bahawa untuk tiga hari berikutnya bahawa semua perserta akan mengoptimumkan peluang dalam berkongsi dan bertukar pengetahuan, maklumat, kemahiran dan corak perisikan. Saya yakin program ini akan sangat membantu untuk agensi penguat kuasa undang-undang dari negara ASEAN untuk berjaya mencatat  penumpasan aktiviti perdagangan manusia dalam skala yang besar", ujar YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian petang ini.

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Pameran barang rampasan dibuka di loby Maktab Cheras

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh Pegawai Kanan Polis

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Ucapan aluan dan seterusnya perasmian pembukaan Kursus  Anti-Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran oleh YDH Ketua Polis Negara

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Dari kiri... YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH Dato' Acryl Sani, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah,Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) dan YDH SAC Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Antara yang hadir petang ini

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Penyampaian cenderahati oleh YDH Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada YDH Ketua Polis Negara

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
YDH Ketua Polis Negara menjawab soalan-soalan daripada rakan media

Kursus Anti Pemerdagangan Manusia Dan Penyeludupan Migran
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara


Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM