Artikel
Kunjungan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kulim Ke Muzium Pdrm
Polis Diraja Malaysia bukan sahaja sebuah agensi keselamatan terbesar di negara ini malah memiliki sejarahnya yang unik dan tersendiri telah menarik minat dele...
Bukit Aman - 30 Mac 2012
Polis Diraja Malaysia bukan sahaja sebuah agensi keselamatan terbesar di negara ini, malah memiliki sejarahnya yang unik dan tersendiri telah menarik minat delegasi Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kulim, Kedah untuk berkunjung ke Muzium Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur, petang ini.
Dalam lawatan itu, delegasi telah dibawa melawat tempat yang menarik di dalam galeri pameran, antaranya adalah tayangan video sejarah awal penubuhan pasukan polis, koleksi pakaian lama pasukan polis, koleksi senjatapi dan senjata berjadual yang telah dirampas semasa darurat, koleksi barang-barang kelengkapan tentera Jepun, koleksi pingat-pingat anugerah, tokoh-tokoh anggota polis dan ruangan lipatan sejarah Balai Polis Kepong.
Teruja dan terharu melihat kepelbagaian sejarah PDRM sedikit sebanyak menyuntik semangat nasionalisma kedalam jiwa ahli delegasi selain merapatkan hubungan dua hala antara PDRM dan AADK yang mana selama ini sememangnya telah terjalin erat antara keduanya.
Turut hadir di dalam lawatan ini ialah ASP Ab Rashid bin Hj. Mohamad,ASP Pentadbiran Muzium PDRM, Y.Bhg Tn. Haji Zainol bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah, Ahli Rakan Anti Dadah (RADA), Ahli Masyarakat Wanita ANTIDADAH (MAWADDAH), dan Kakitangan Agensi ANTIDADAH kebangsaan Daerah Kulim.
Ketibaan ahli delegasi di pintu utama Muzium.

Ahli yang hadir mendengar taklimat awal daripada Sarjan Mohd Hanifah b. Md Ali.

ASP Abd.Rashid bin Hj Mohamad dan Sarjan Md. Hanifah b. Mohamed Ali memberi penerangan..

Ucapan dari pengerusi majlis, Ins. Norhafizah bte Mohamad Yusak.

Ucapan Alu-aluan dari ASP. Abd Rashid bin Hj. Mohamad.

Ucapan balas dari Y.Bhg Tn. Hj Zainol b. Ahmad.

Persembahan nyanyian menjadi hiburan pada petang itu.

Saling bertukar cenderahati.
Wartawan dan Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan