Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Maldives
Bukit Aman - 2 Oktober 2009. H.E Mr Mohamad Zaki, Pesuruhjaya Tinggi Maldives, Kuala Lumpur telah melakukan kunjungan hormat ke atas YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Pejabat Ketua Polis Negara, Menara 33 Tingkat.
Kedatangan H.E Mr Mohamad Zaki, Pesuruhjaya Tinggi Maldivestelah disambut oleh YDH SAC II Dato' Razali bin Ab Razak, Penolong Ketua Urus Setia KPN Pentadbiran.
Hadir sama ialah YDH SAC I Dato' Azian bin Yahya, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).

H.E Mr Mohamad Zaki, Pesuruhjaya Tinggi Maldives menandatangani Buku Pelawat

Kunjungan Hormat ke atas YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Pejabat Ketua Polis Negara

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada H.E Mr Mohamad Zaki, Pesuruhjaya Tinggi Maldives