Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kunjungan Hormat Kpn Ke Atas Menteri Besar Perak

Diterbitkan: 24 Aug 2022 1.22 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 24 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-kpn-ke-atas-menteri-besar-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT
Ipoh, 24 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Polis (KP) negeri yang baharu, CP Dato' Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris.
Dalam sesi kunjungan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk melibatkan isu kebajikan Pegawai dan Anggota PDRM.
Sejurus selesai, Tan Sri Acryl Sani juga berkesempatan melawat tapak baharu kompleks Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak yang terletak di Meru Raya.
Dalam lawatan tapak itu, Tan Sri Acryl Sani telah ditaklimatkan mengenai status projek pembinaan IPK Perak baharu oleh Ketua Bahagian Tanah dan Harta, Perak Corporation Berhad (PCB), Puan Sharifah Nor Hashimah Syed Kamaruddin.
Hadir sama sepanjang lawatan tapak tersebut, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP N. Murtaza Mahmud, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) Jlog Bukit Aman, SAC Azizee Ismail, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan serta Ahli Lembaga Pengarah PCB, Encik Faizul Hilmy Ahmad Zamri.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Afiq Aizat Kamarudin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 5 people, people sitting and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of outdoors

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 8 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2022 1.22 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM