Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman

Published: 11 Jun 2014 4.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima kunjungan hormat daripada US Senior Judge, Mr.Gordon J.Low dan Mr. Philip A. Guentert dari US Department Of Justice Attache At..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-jabatan-kehakiman-amerika-syarikat-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:29 MYT

Bukit Aman, 7 Jun 2011 - YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima kunjungan hormat daripada US Senior Judge, Mr.Gordon J.Low dan Mr. Philip A. Guentert  dari US Department Of Justice Attache At US Embassy Bangkok di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bersempena Ceramah Plea Bargaining dan Expeditious Trial yang akan disampaikan oleh pengamal undang-undang Amerika Syarikat ini di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman dengan dihadiri oleh kepimpinan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Jabatan Kehakiman dan Majlis Peguam.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat serta mendedahkan peserta kepada kaedah-kaedah amalan baik (good practices) di samping meningkatkan perhubungan dan kerjasama semua agensi berkaitan.

Hadir dalam program hari ini, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman
Kunjungan disambut oleh YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar serta Pengarah JSJ Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman
U.S Senior Judge, The Honourable Gordon J. Low menandatangani buku lawatan. 

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman
U.S Department of Justice Attache at U.S Embassy in Bangkok, Mr. Philip A.Guentert menandatangani buku lawatan.

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman
YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar menyampaikan cenderamata kepada The Honourable Gordon J. Low. 

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman
YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar menyampaikan cenderamata kepada Mr. Philip A.Guentert.

SESI PERCAMBAHAN ILMU.

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit AmanCeramah oleh Mr. Gordon J. Low, U.S Senior Judge.

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit AmanCeramah oleh Mr. Philip A.Guentert, U.S Department of Justice Attache at U.S Embassy in Bangkok.

SESI SOAL JAWAB.

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman

Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman

Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim dan Konst. Raymond Martin
Penyunting : ASP Foo Chek Seng
ArticlePublished 11 Jun 2014 4.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM