Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Ke Bukit Aman
Bukit Aman, 7 Jun 2011 - YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima kunjungan hormat daripada US Senior Judge, Mr.Gordon J.Low dan Mr. Philip A. Guentert dari US Department Of Justice Attache At US Embassy Bangkok di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena Ceramah Plea Bargaining dan Expeditious Trial yang akan disampaikan oleh pengamal undang-undang Amerika Syarikat ini di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman dengan dihadiri oleh kepimpinan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Jabatan Kehakiman dan Majlis Peguam.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat serta mendedahkan peserta kepada kaedah-kaedah amalan baik (good practices) di samping meningkatkan perhubungan dan kerjasama semua agensi berkaitan.
Hadir dalam program hari ini, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Kunjungan disambut oleh YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar serta Pengarah JSJ Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.

U.S Senior Judge, The Honourable Gordon J. Low menandatangani buku lawatan.

U.S Department of Justice Attache at U.S Embassy in Bangkok, Mr. Philip A.Guentert menandatangani buku lawatan.

YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar menyampaikan cenderamata kepada The Honourable Gordon J. Low.

YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar menyampaikan cenderamata kepada Mr. Philip A.Guentert.
SESI PERCAMBAHAN ILMU.
Ceramah oleh Mr. Gordon J. Low, U.S Senior Judge.
Ceramah oleh Mr. Philip A.Guentert, U.S Department of Justice Attache at U.S Embassy in Bangkok.
SESI SOAL JAWAB.


Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim dan Konst. Raymond Martin
Penyunting : ASP Foo Chek Seng