Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand

Published: 11 Jun 2014 7.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman telah menerima 32 orang pelawat daripada Delegasi Thailand, pagi ini. Ketibaan Delegasi diiringi dengan ucapan selamat datang, disambut mesra oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, P..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-delegasi-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:17 MYT

Bukit Aman - 30 September 2011

Bukit Aman telah menerima 32 orang pelawat daripada delegasi Thailand, pagi ini. Ketibaan delegasi diiringi dengan ucapan selamat datang, disambut mesra oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM.

Turut hadir adalah YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah  Perkhidmatan (Rekod Personal) PDRM, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) dan Pegawai Kanan Polis.

Delegasi yang diketuai oleh Y.Bhg Pol Leftenan General Dato' Manoch Kraiwong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Keadilan Dan Hal Ehwal Polis Thailand bersama Delegasi Pegawai Jawatankuasa yang lain telah dikongsikan dengan maklumat-maklumat berguna contohnya maklumat gambaran keseluruhan mengenai Polis Diraja Malaysia, faedah persaraan PDRM, skim gaji dan perkhidmatan sebagai seorang polis di Malaysia. Di samping itu, Delegasi turut diterangkan maksud misi PDRM, iaitu 'untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti dalam melindungi negara serta mempastikan persekitaran yang selamat kepada masyarakat'.

Program lawatan pagi ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati kenangan dan jamuan ringan di Tingkat 16, Menara II, Bukit Aman.

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Ketibaan Pol Leftenan General Dato' Manoch Kraiwong disambut mesra oleh YDH Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kemesraan di wajah sempena pertemuan kedua pemimpin

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Pol Leftenan General Dato' Manoch Kraiwong menandatangani Buku Pelawat

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Bergambar kenangan di pejabat Tingkat 30, Menara I, Bukit Aman

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Taklimat di Tingkat 16, Auditorium Menara I, Bukit Aman

Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Antara Pegawai delegasi Thailand yang hadir

Sesi Soal Jawab Selepas Taklimat
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand


Pertukaran Cenderahati Kenangan
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand


Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Pegawai Delegasi menjamu selera


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan Konst. Santher Kumar A/L Sehgar

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM