Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia

Published: 12 Jun 2014 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hubungan dua hala di antara Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Indonesia kian erat apabila YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima sebuah kunjungan hormat de..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-delegasi-polis-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:36 MYT

Bukit Aman - 8 May 2012

Hubungan dua hala di antara Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Indonesia kian erat apabila  YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima kunjungan hormat delegasi Polis Indonesia yang berlangsung di Bilik Perbincangan, Pejabat Ketua Polis Negara pada pagi ini.

Dalam kunjungan hormat tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan di samping bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu kepolisan termasuk membincangkan inkues kematian penjenayah Indonesia yang ditembak mati di Linggi, Negeri Sembilan.

Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini membuktikan bahawa PDRM  adalah sebuah badan profesional yang sentiasa peka terhadap isu-isu semasa selain terbuka membincangkan sebarang permasalahan jenayah sehingga ke peringkat global.

Hadir dalam kunjungan hormat ini ialah YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) dan YDH SAC Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah (Perancang Dan Strategi).

Delegasi Indonesia pula dihadiri Kombes Pol Drs Setyo Wasisto SH, Wadir Politik BIK Polri, Kombes Pol Benny Iskandar, Atase Polisi KBRI Kuala Lumpur, Ajun Komisaris Besar Polisi Reinhard Hutagaol, Kasubbag Jateksus Bag Jantiner NCB-Interpol Divhubinter Polri, Ajun Komisaris Besar Polisi Wirdo Nefisco SIK, Kanit Dit Kamneg BIK Polri dan Ajun Komisaris Polisi Denan Purba, Penyidik Bareskrim Polri.

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Ketibaan delegasi Polis Indonesia di Pejabat Ketua Polis Negara

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara berjabat tangan dengan tetamu

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Sepanjang sesi perbincangan berlangsung.

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj. Omar menyampaikan cenderahati kepada para delegasi.

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Kombes Pol Drs Setyo Wasisto SH, Wadir Politik BLK Polri menandatangani Buku Pelawat

Kunjungan Hormat Delegasi Polis Indonesia
Bergambar kenangan..

Wartawan & Jurugambar : Konst Muhammad Iqtar bin Azmi.
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM