Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Rabu, 9 Mei 2012 - PDRM memiliki lipatan sejarahnya yang unik dan tersendiri telah menarik perhatian YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM untuk melakukan lawatan rasmi ke Muzi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-rasmi-pengarah-pengurusan-ke-muzium-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:49 MYT

Rabu, 9 Mei 2012 - PDRM  memiliki lipatan sejarahnya yang unik dan tersendiri telah menarik perhatian YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM untuk melakukan lawatan rasmi ke Muzium PDRM pada hari ini.

YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene dibawa melawat ke seluruh bahagian ruang pameran serta diberi penerangan terperinci berkenaan setiap barangan yang dipamerkan seperti senjata-senjata lama, barangan rampasan daripada pihak Komunis, kenderaan yang pernah digunakan pasukan polis dan pelbagai lagi barangan bersejarah.

Ruang pameran yang lengkap dengan sistem kesan bunyi khas seolah-olah berada di dalam situasi sebenar memberikan kesan langsung kepada pengunjung menghayati setiap pameran turut menarik minat YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene ketika menyelusuri setiap laluan.
 
Di dalam lawatan tersebut juga, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene turut diberi taklimat berkenaan projek Galeri Darurat Bukit Kepong yang disampaikan oleh Mr. Gerald Kwok daripada Bangimas Sdn Bhd, dimana projek berkenaan dilihat sebagai salah satu inisiatif PDRM dalam memelihara setiap aset PDRM yang memiliki nilai sejarah yang tinggi selain membawa nama muzium PDRM ke satu tahap yang lebih tinggi. 

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YDH SAC Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbiran), YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), YDH SAC Wan Mohamad bin Wan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pembantu)  dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Ketibaan YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.

YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan melawat setiap ruang pameran.

Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Sesi taklimat berkenaan organisasi muzium PDRM dan projek Galeri Darurat Bukit Kepong. 

Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM menandatangani buku pelawat.

Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Sesi penyampaian cenderamata.

Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Sesi bergambar kenangan.

Wartawan & Jurufoto : Konstabel Muhammad Iqtar bin Azmi.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM