Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho

Published: 10 Jun 2014 3.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai enam orang dari delegasi Kerajaan Lesotho telah mengadakan lawatan ke Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Kuala Lumpur pada pagi ini. Para delegasi adalah H.E Ms. Ntsebe Koko, Pesuruhjaya Ting..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-delegasi-kerajaan-lesotho
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:11 MYT

Cheras - 27 Julai 2010. Seramai enam orang dari delegasi kerajaan Lesotho telah mengadakan lawatan ke Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Kuala Lumpur pada pagi ini. Delegasi diketuai oleh H.E Ms. Ntsebe Koko, Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Lesotho, Mr. R. Kehtsi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Mr. K. Mhklakaza, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Mr. T. Moseme, Pengarah Latihan dan Mr. Motebang, Pegawai Teknologi Maklumat.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP dan DSP Nor Fauzi bin Ismawi, Pegawai Pemerintah Unit Berkuda.

Turut hadir ialah DSP Ng Lean Seong, Timbalan PP Unit 4 PSP Kuala Lumpur, DSP Mohamad Mokhtar Bin Abd Majid, PP Unit 7 Negeri Sembilan, Pegawai-pegawai PSP Kuala Lumpur, serta tiga pegawai daripada Wisma Putra, Ms. Pulam, Mr. Yangni dan Ms. Sakini.

Ucapan alu-aluan ketibaan delegasi dari Kerajaan Lesotho dan Pegawai-pegawai dari Wisma Putra telah disampaikan oleh YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP.

Taklimat pula disampaikan oleh DSP Nor Fauzi bin Ismawi, PP Unit Berkuda, mengenai sejarah penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan dan carta organisasi PSP di Bilik Mesyuarat PSP. Delegasi juga dipertontonkan beberapa rakaman video kejadian rusuhan besar yang terjadi di Malaysia yang ditangani oleh Pasukan Simpanan Persekutuan. 

Setelah selesai taklimat, delegasi tersebut dibawa ke Dataran Kawad PSP dan dipertontonkan demonstrasi oleh Pasukan Simpanan Persekutuan dan juga pameran peralatan yang digunakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan. Penerangan demonstrasi dan pameran diambil alih oleh ASP Nirmajit Singh dan ASP Pusparajen a/l Kaliapan.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
H.E Ms. Ntsebe Kokome, Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Lesotho disambut ramah oleh YDH ACP Nasaruddin Bin Hj Zahari, Timbalan Komander PSP.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Delegasi Kerajaan Lesotho disambut oleh Pegawai PP Unit 7 Negeri Sembilan, Timbalan PP Unit 4 Kuala Lumpur, PP Unit Berkuda dan Pegawai-pegawai PSP.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
YDH ACP Nasaruddin bin Hj Zahari memberi penerangan prosedur yang dijalankan semasa kejadian rusuhan besar di Malaysia.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
H.E Ms. Ntsebe Kokome, Kerajaan Lesotho menerima cenderahati daripada Timbalan Komander PSP.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Delegasi  menyaksikan demo kawad FRU dari Terup B, PSP Unit 7 Negeri Sembilan.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Tembakan gas pemedih mata sebagai prosedur kedua untuk memaksa menyuraikan perhimpunan haram.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Unit Berkuda adalah antara alternatif yang lebih pantas untuk menakutkan dan menyuraikan penunjuk perasaan.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Jaket kalis api antara pameran yang menarik perhatian delegasi.

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Antara anggota-anggota PSP yang membantu menyediakan bahan-bahan pameran

Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Lesotho
Delegasi dari Kerajaan Lesotho bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Komander PSP, Pegawai-pegawai PSP dan PP Unit berkuda.

ArticlePublished 10 Jun 2014 3.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM