Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Saya yakin perasaan 'comradship' di antara ATM dan PDRM akan tetap kekal dan utuh untuk bersama-sama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara, dan tradisi ini akan diturunkan kepada generasi baru p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjung-sahabat-sebelum-berundur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:28 MYT

Oleh : L/Kpl Edwind Indo

KUNJUNG SAHABAT SEBELUM BERUNDUR

KUALA LUMPUR, 15 Mei - "Saya merasa amat berterima kasih di atas kesudian YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di atas kesudian untuk kami dapat memberi penghormatan terakhir kepada beliau", ujar Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima Angkatan Tentera dalam satu majlis Kunjungan Hormat Sempena Persaraan Ketua Polis Negara, pagi tadi di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Semarak, Pagi tadi.

"Saya yakin perasaan 'comradship' di antara ATM dan PDRM akan tetap kekal dan utuh untuk bersama-sama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara, dan tradisi ini akan diturunkan kepada generasi baru pasukan keselamatan yang akan datang," tambah Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera lagi.

Turut hadir adalah Y.Bhg Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut, Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Ackbal bin Haji Abdul Samad, Panglima Operasi Udara, Pegawai Kanan Tentera Malaysia dan rakan media.

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Panji-Panji Utama diarak masuk ke Dataran

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut akrab oleh Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Kawalan Kehormatan memberi Hormat Panglima kepada Ketua Polis Negara

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Ketua Polis Negara memeriksa baris

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan Panglima Angkatan Tentera

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan Pegawai Kanan Aangkatan Tentera Malaysia

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Sekitar Dewan Teratai

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Penyampaian Cenderahati Kenangan

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Menandatangani Buku Pelawat

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Bergambar Kenangan

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Sidang Media singkat

Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
Bacaan Doa Selamat kepada YDH Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM