Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand

Published: 11 Jun 2014 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hubungan dua hala ini dirapatkan lagi dengan kunjung hormat daripada Delegasi negara Thailand diketuai oleh Police Lieutenant General Atitep Panjamanond, Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand t..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjung-hormat-pesuruhjaya-polis-narkotik-kerajaan-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT
Bukit Aman - 21 April 2011

Kerjasama erat dan hubungan dua hala antara Polis DiRaja Malaysia dengan Polis Negara Thailand sudah lama terjalin, seiring dengan matlamat untuk mencapai keamanan dan menjaga keselamatan negara. Jenayah rentas sempadan contohnya penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, penyeludupan senjatapi, pengganas, jenayah siber dan ekonomi mendatangkan ancaman kepada kedua-dua negara.

Dalam usaha untuk merapatkan lagi hubungan dua hala ini, satu kunjung hormat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman daripada delegasi negara Thailand diketuai oleh Police Lieutenant General Atitep Panjamanond, Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand telah berlangsung tengahari ini. Turut hadir dalam rombongan itu ialah Police  Major General Jiraroj Keesiri, Police Major General Puthichart Ekachant dan Police Colonel Chawal Enpanich.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia, YDH Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Polis.

Sejak dahulu lagi, Polis DiRaja Malaysia dan Polis Kerajaan Thailand sentiasa menghantar wakil yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis untuk berkongsi kepakaran dan pertukaran pendapat mengenai evolusi jenayah masa kini. Pelbagai kursus diberikan contohnya Kursus Jenayah Siber dan Ekonomi, Kursus Narkotik, Kursus Penyeludupan Senjatapi dan Manusia dalam usaha menjaga keamanan serta keselamatan kedua-dua negara dirantau ini.

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Bergambar bersama YDH Ketua Polis Negara di dalam Bilik Diskusi

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
YDH Ketua Polis Negara memperkenalkan YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah kepada Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Jamuan Makan Tengahari di Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Berbakat ... Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand bersama kumpulan La Fiesta PDRM sempat menyumbangkan dua buah lagu buat YDH Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand meninjau pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari pejabat YDH Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Menandatangani Buku Pelawat ..

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand

Kunjung Hormat Pesuruhjaya Polis Narkotik Kerajaan Thailand
Bersalaman sebelum meninggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Penyunting             : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM