Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjung Hormat Duta Korea Ke Atas Ydh Ketua Polis Negara

Published: 11 Jun 2014 4.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bangunan Menara 1, Bukit Aman petang ini telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Kedutaan Korea Selatan. Mr. H.E Lee Yong Joong, Duta Besar Korea Selatan dan Mr. Han Dong Soo, Konsul Kedutaan K..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjung-hormat-duta-korea-ke-atas-ydh-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:59 MYT
Bukit Aman - 13 Jun 2011

Bangunan Menara 1, Bukit Aman petang ini telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Kedutaan Korea Selatan. Mr. H.E Lee Yong Joong, Duta Besar Korea Selatan dan Mr. Han Dong Soo, Konsul Kedutaan Korea Selatan disambut mesra oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara. Turut hadir dalam pertemuan pada petang ini adalah YDH ACP Lim Leong Hock, Pegawai Urus Setia KPN (Pentabdiran I).     

Isu-isu yang dibincangkan di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara adalah berkaitan tentang perkembangan keselamatan negara dan sosioekonomi di Malaysia. YDH Ketua Polis Negara turut menerima ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Mr. H.E Lee Yong Joong di atas pengorbanan warga PDRM dalam menjaga keselamatan negara terutama rakyat Korea yang menetap di Malaysia sama ada untuk belajar mahupun bekerja. Beliau turut memuji dan kagum dengan kebudayaan Malaysia yang ramah.     

Kunjung Hormat Duta Korea Ke Atas Ydh Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Duta Korea Ke Atas Ydh Ketua Polis Negara
Pertemuan di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Duta Korea Ke Atas Ydh Ketua Polis Negara
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
ArticlePublished 11 Jun 2014 4.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM