Shah
Alam, 25 Sept – Kumpulan samun dalam rumah tumpas apabila sepasukan
polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis kontinjen Selangor menahan
tujuh lelaki warga tempatan di sekitar Kuala Lumpur semalam.
Suspek-suspek yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 31 tahun di dua lokasi berasingan di sebuah hotel.
Dalam
sidang media Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd
Shukri bin Dahlan berkata modus operandi kumpulan ini, mereka akan
menyerang mangsa menggunakan parang semasa mangsa hendak membuka pintu
pagar atau sedang melakukan senaman ringan di kawasan rumah. Suspek akan
mengarahkan mangsa masuk ke dalam rumah sebelum melarikan barang-barang
berharga milik mangsa.
'Dalam
tempoh kurang daripada 24 jam pihak polis berjaya memberkas
suspek-suspek yang terlibat dengan bantuan orang ramai yang menyalurkan
maklumat', katanya lagi.




Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kumpulan Samun Dalam Rumah Tumpas
Shah Alam, 25 Sept – Kumpulan samun dalam rumah tumpas apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis kontinjen Selangor menahan tujuh lelaki warga tempatan di sekitar Kuala Lumpur semala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-samun-dalam-rumah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.