Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kumpulan Samun Dalam Rumah Tumpas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Shah Alam, 25 Sept – Kumpulan samun dalam rumah tumpas apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis kontinjen Selangor menahan tujuh lelaki warga tempatan di sekitar Kuala Lumpur semala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-samun-dalam-rumah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:35 MYT

Shah Alam, 25 Sept – Kumpulan samun dalam rumah tumpas apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis kontinjen Selangor menahan tujuh lelaki warga tempatan di sekitar Kuala Lumpur semalam.

Suspek-suspek yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 31 tahun di dua lokasi berasingan di sebuah hotel.

Dalam sidang media Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan berkata modus operandi kumpulan ini, mereka akan menyerang mangsa menggunakan parang semasa mangsa hendak membuka pintu pagar atau sedang melakukan senaman ringan di kawasan rumah. Suspek akan mengarahkan mangsa masuk ke dalam rumah sebelum melarikan barang-barang berharga milik mangsa.

'Dalam tempoh kurang daripada 24 jam pihak polis berjaya memberkas suspek-suspek yang terlibat dengan bantuan orang ramai yang menyalurkan maklumat', katanya lagi.

Kumpulan Samun Dalam Rumah Tumpas
Kumpulan Samun Dalam Rumah Tumpas
Kumpulan Samun Dalam Rumah Tumpas
Kumpulan Samun Dalam Rumah Tumpas


Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM