Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kumpulan Penyamun Aktif Sekitar Lembah Klang Tumpas

Published: 16 Jun 2014 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tiga lelaki yang aktif menyamun di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lepas tumpas apabila mereka diberkas di Cheras di sini hari Isnin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-penyamun-aktif-sekitar-lembah-klang-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:09 MYT
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2011 (Bernama)

Tiga lelaki yang aktif menyamun di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lepas tumpas apabila mereka diberkas di Cheras di sini hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dua suspek yang berumur 22 dan 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Tun Razak manakala seorang lagi berumur 17 tahun ditahan ketika sedang menyamun di Cheras.

"Dalam tangkapan pertama, dua suspek ditahan polis di Bandar Tun Razak kira-kira pukul 2.30 pagi dan dalam tangkapan kedua seorang suspek ditahan oleh orang ramai semasa sedang menyamun," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Turut dirampas ialah sebuah I-phone dan sebuah I-pod, tiga buah telefon bimbit, empat tong besar berisi minyak petrol, dua kad 'Touch n Go', dua alat penyedut minyak, dua buah kereta masing-masing Proton Waja dan Honda Civic dan sebuah motosikal, katanya.

Wan Abdul Bari berkata hasil siasatan lanjut mendapati kumpulan itu terlibat dalam 10 kes jenayah termasuk samun tepi jalan, ragut dan pecah kenderaan.

"Suspek menyamun menggunakan motosikal tetapi ada rakan lain yang menunggu dalam kereta untuk ke stesen minyak...mereka kemudian akan memenuhkan tangki kereta menggunakan kad kredit mangsa samun sebelum minyak itu dipindahkan ke tong lain," katanya.

Beliau berkata polis percaya minyak itu untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada pembeli yang dikenali.

"Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut. Kita juga sedang mengesan dua orang lagi ahli kumpulan itu yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan," katanya.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM