Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kumpulan Pecah Rumah Tumpas Tujuh Suspek Ditahan

Published: 17 Jun 2014 3.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dengan tertangkap kesemua suspek, pihak polis berjaya menemui kembali barangan yang dicuri termasuk tujuh buah komputer riba dan telefon bimbit yang keseluruhannya dianggar bernilai kira-kira RM30,00..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-pecah-rumah-tumpas-tujuh-suspek-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:21 MYT

Marang, 16 Mei - Polis berjaya menumpaskan kumpulan 'Pecah Rumah Payung' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar sini dan Kuala Terengganu sejak Januari lalu dengan tertangkapnya dua anggota mereka.

Suspek utama yang berumur 23 dan 25 tahun ditahan Sabtu lalu bersama peralatan pecah rumah seperti tukul besi, pengumpil tayar kende
raan, gegaji besi dan sebahagian barangan yang dicuri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kedua-duanya ditahan pada tengah malam di tepi jalan dekat Bukit Payung di dalam kereta yang disewa mereka untuk melakukan jenayah tersebut.

Beliau berkata ekoran daripada penahan itu, pihaknya berjaya menahan lima lagi suspek di sekitar Marang pada Ahad hingga semalam.

"Dengan tertangkap kesemua suspek, pihak polis berjaya menemui kembali barangan yang dicuri termasuk tujuh buah komputer riba dan telefon bimbit yang keseluruhannya dianggar bernilai kira-kira RM30,000.

"Suspek utama merupakan buruan polis kerana terlibat dalam kes jenayah pecah rumah di dua daerah tersebut dan ketika ditahan polis turut menemui sejumlah dadah bersama mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Manoharan berkata kumpulan itu sering mengumpil pintu rumah mangsa dengan menggunakan pengumpil tayar.

Beliau berkata dengan tertangkapnya kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 34 tahun itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 13 kes pecah rumah yang melibatkan 11 kes di Marang dan dua kes di Kuala Terengganu.

"Kita telah mengenal pasti beberapa pembeli yang membeli barangan daripada kumpulan ini dan diminta mereka datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marang untuk menyerahkan barangan curi tersebut," katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut kes yang disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM