Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kumpulan Curi Kereta Tumpas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru - Lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan sindiket curi kenderaan sekitar bandar raya ini dicekup polis dalam serbuan Ops Cantas Khas di beberapa lokasi pada hari Isni..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-curi-kereta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:53 MYT

Johor Bahru - Lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan sindiket curi kenderaan sekitar bandar raya ini dicekup polis dalam serbuan Ops Cantas Khas di beberapa lokasi pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 44 tahun itu ditahan antara pukul 1 petang pada hari Isnin hingga pukul 4 petang pada hari Selasa.

Polis telah membuat serbuan di Taman Tampoi Utama, Kampung Pasir, Taman Perling, Taman Bukit Kempas dan Kolam Air.

Hasilnya, sembilan individu ditahan dan enam buah kenderaan yang masih dilaporkan hilang dirampas.

Turut dirampas sebuah monitor, beberapa gugus kunci kenderaan, sekeping kad pengenalan milik orang lain dan dua buah kereta yang dipercayai digunakan suspek semasa mencuri kenderaan.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan.

Kes itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.

Kumpulan Curi Kereta Tumpas
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM