Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kumpulan Curi Kereta Tumpas Di Shah Alam

Published: 13 Jun 2014 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sembilan buah kereta dirampas termasuk komponem-komponem kereta seperti radio dan lain-lain yang dipercayai akan dijual sebagai alat ganti kereta yang terlibat dalam kenderaan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-curi-kereta-tumpas-di-shah-alam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:39 MYT

Shah Alam - 25 Mei 2009. Polis menumpaskan satu kumpulan mencuri kereta yang bergiat aktif di Lembah Klang dengan tertangkapnya lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di sekitar Shah Alam sejak Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDH ACP Nor Azam bin Jamaluddin berkata hasil tangkapan itu polis turut merampas sembilan kereta curi bernilai RM200,000, yang dipercayai sedang dalam proses untuk dijual kepada orang ramai pada harga murah. 

Menurut YDH Nor Azam, bertindak atas maklumat orang ramai, pada pukul 4 petang Khamis lepas, polis menahan dua lelaki di beberapa buah lokasi di sekitar Seksyen 17 di sini dan hasil siasatan, polis menahan tiga orang suspek lagi selepas dua hari. Dua daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dan satu lagi menyamar sebagai seorang penjawat awam.

"Kereta-kereta tersebut ditemui polis antara lain di bengkel dan tempat letak kereta pangsapuri berdekatan Shah Alam," kata beliau kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini Isnin.

Sembilan buah kereta yang dirampas itu termasuk sebuah Toyota Estima, dua buah Proton Satria, tiga buah Proton Iswara dan masing-masing sebuah Proton Waja, Proton Wira dan Perodua Kembara. Polis turut merampas komponen-komponen kereta seperti radio dan pintu-pintu kereta yang dipercayai dijual suspek sebagai alat ganti kereta yang terlibat dalam kemalangan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM