KUALA LUMPUR - 7 Nov - “Ambillah kesempatan malam ini untuk kita beramah mesra, mengeratkan hubungan silaturahim, berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat sama ada dalam konteks profesional maupun personal,” ucap Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), SDCP Dato’ Shabudin bin Abdul Wahab, dalam majlis Makan Malam Program Pertukaran Personel PDRM - Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) yang berlangsung di Dewan Bankuet, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Tambahnya lagi, komunikasi dua hala ini dapat memantapkan lagi hubungan kepolisan di antara POLRI dan PDRM yang sudah sedia terjalin sejak sekian lama melalui penyatuan konsep nusantara yang dipupuk secara bersama dalam semangat kasih sayang.
Majlis pada malam ini juga meraikan Kombes Pol Aby Nursetyanto, Atache Polis di Kedutaan Besar Indonesia, Ketua Delegasi POLRI, Ajun Kombisaris Besar Polisi (AKBP) Drs. R. Martono Sindhu, M. Si, Bapak-bapak dan Ibu-ibu dari Kepolisan Negara Republik Indonesia.
Turut hadir di majlis tersebut, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (SP), SAC Dato' Abdul Hamid Bin Mohd Ali serta pegawai-pegawai kanan PDRM.
Ucapan daripada Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), SDCP Dato’ Shabudin bin Abdul Wahab..
Ucapan balas dan majlis suai kenal oleh Ajun Komisaris Besar Polisi (AKBP) Drs. R. Martono Sindhu, M. Si, Kasubbagprogrus Bagkoorprog Rokerma KL Sops POLRI...
antara yang hadir...
Persembahan sepanjang majlis..
Sesi penyampaian cenderahati...
Majlis penyampaian cenderahati...
Majlis penyampaian cenderahati...
majlis penyampaian cenderahati...
Majlis penyampaian cenderahati...
Persembahan daripada delegasi POLRI...
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Kukuhkan Semangat Satu Nusantara
Majlis pada malam ini juga meraikan Kombes Pol Aby Nursetyanto, Atache Polis di Kedutaan Besar Indonesia, Ketua Delegasi POLRI, Ajun Kombisaris Besar Polisi (AKBP) Drs. R. Martono Sindhu, M. Si, Bapak-bapak dan Ibu-ibu dari Kepolisan Negara Republik Indonesia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kukuhkan-semangat-satu-nusantara
Scan to view the latest live version.