Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis hari ini merupakan satu lagi manifestasi jalinan kerjasama yang wujud antara masyarakat dengan PDRM dalam konteks pencegahan jenayah dan sesungguhnya PDRM amat menghargai segala kerjasama yang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kualiti-keselamatan-seiring-kemajuan-teknologi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT

KUALITI KESELAMATAN SEIRING KEMAJUAN TEKNOLOGI 
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan & Kpl Mohd Shareel Shahriman

Ampang, 25 April - "Tidak dapat dinafikan, pembaharuan teknologi merupakan satu faktor yang penting dalam usaha kita menangani jenayah", ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, hari ini.

"Majlis hari ini merupakan satu lagi manifestasi jalinan kerjasama yang wujud antara masyarakat dengan PDRM dalam konteks pencegahan jenayah dan sesungguhnya PDRM amat menghargai segala kerjasama yang terjalin selama ini yang turut dicetuskan oleh pihak-pihak yang prihatin dengan aspek pencegahan jenayah sekali gus mewujudkan kejiranan yang lebih selamat dan aman", tambahnya lagi.

Beliau berucap sempena Majlis Pelancaran Panther 911 Central Monitoring System di Digistar Vision Sdn Bhd, One Ampang Business Avenue di mana majlis pada hari ini menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Safecam Partnership bersama Digistar Holdings Sendirian Berhad.

Syarikat Digistar Holdings Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat yang membekalkan pakej keselamatan dan telah membangunkan Sistem Pemantauan Keselamatan Berpusat atau Central Monitoring System (CMS) dengan jenama Panther 911 yang direkabentuk untuk keperluan keselamatan.

Panther 911 Central Monitoring System ini juga telah direka untuk diintegrasikan dengan mana-mana sistem penggera rumah, pejabat atau sistem keselamatan perniagaan dan lain-lain.

Inisiatif yang dibentuk ini adalah seiring dengan transformasi dan kemajuan teknologi terkini di mana kamera litar tertutup atau 'closed-circuit television' (CCTV) ini dapat diimplementasi sebagai suatu alat untuk mencegah dari berlakunya kes jenayah serta dapat digunakan untuk membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penjenayah dan kejadian jenayah yang berlaku.

"Secara tidak langsung, ia memberi kemudahan kepada PDRM untuk mendapatkan akses yang cepat kepada rakaman untuk tujuan mendapatkan bahan bukti dan pendakwaan kes-kes jenayah menerusi rakaman CCTV", ujar beliau lagi.

Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah Y.Bhg Tan Sri Datuk Mohd Zaman Khan Bin Rahim Khan, Board Of Director Digistar Holdings Sdn. Bhd, YDH CP Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, YDH DCP Datuk Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Haji Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, Y.Bhg Dato' Wira Lee Wah Chong, Chief Executive Officer (CEO) Board Of Director Digistar Holdings Sdn. Bhd, ACP Kharuldin bin Haji Saad, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu jemputan dan kakitangan Digistar Holdings Sdn. Bhd.


Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Sekitar majlis...

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Ucapan oleh Pengerusi Digistar

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara...

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Safecam Partnership antara PDRM bersama Digistar Holdings Sendirian Berhad.

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Melihat demonstrasi secara langsung Sistem Pemantauan CMS

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Majlis penyampaian cenderahati...

Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Kualiti Keselamatan Seiring Kemajuan Teknologi
Bergambar kenangan...
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM