Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Pemandu-pemandu teksi adalah satu komuniti yang perlu dijadikan rakan kongsi kepada Polis Diraja Malaysia untuk bersama-sama mencegah jenayah kerana andalah sebagai mata dan telinga PDRM dengan menya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kolaborasi-pdrm-bersama-my-teksi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:54 MYT

KOLABORASI PDRM BERSAMA MY TEKSI
oleh : Sjn Zaidin Dahalan

Selangor, 24 April - "Pemandu-pemandu teksi adalah satu komuniti yang perlu dijadikan rakan kongsi kepada Polis Diraja Malaysia untuk bersama-sama mencegah jenayah kerana andalah sebagai mata dan telinga PDRM dengan menyalurkan maklumat-maklumat jenayah kepada kami", ucap YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM semasa sesi amanatnya kepada pemandu-pemandu teksi yang berdaftar bersama My Teksi di Dewan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar pagi tadi.

Kolaborasi PDRM dengan pihak My Teksi ini adalah salah satu inisiatif di bawah NBOS 7: 'Partner with private sector to communicate new crime fighting' dan beberapa perbincangan telah diadakan sejak tahun lepas lagi bagi tujuan kerjasama strategik di antara PDRM dan My Teksi.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk mengurangkan kadar jenayah dan mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah serta menggalakkan penyaluran maklumat kepada pihak polis secara terus melalui Aplikasi Direktori PDRM.

Pihak PDRM juga sedang mengusahakan Mobil Aplikasi Direktori PDRM (FindMe PDRM) yang mempunyai maklumat mengenai talian telefon dan faks daripada peringkat Ibu Pejabat Polis hingga ke peringkat balai dengan cepat dan mudah. Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh mencari kedudukan Ibu Pejabat Polis dan balai melalui GPS.
 

Di majlis ini juga, pemandu-pemandu teksi telah diberikan latihan oleh Pegawai Kanan PDRM dalam sesi taklimat bertajuk 'Bagaimana memberi maklumat keselamatan/jenayah kepada pihak polis' dan juga 'Citizen arrest & bagaimana untuk mengenal pasti suspek yang dikehendaki' serta sesi dialog.

Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Amanat oleh YDH  CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM  kepada pemandu-pemandu teksi ...

Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Antara yang hadir..

Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Sesi taklimat...

Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Sesi dialog...

Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Kolaborasi Pdrm Bersama My Teksi
Bergambar kenangan...

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM