
Article
Ksu Kdn Adakan Lawatan Kerja Sulung Ke Bukit Aman
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi mengadakan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Poli...
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi mengadakan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Ketibaan Datuk Hj. Ruji dan delegasi telah disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Datuk Hj. Ruji kemudiannya diiring ke Bilik Mesyuarat KPN di Tingkat 31, Menara 1 dan diperkenalkan dengan barisan Pengarah PDRM oleh Tan Sri Acryl Sani, sebelum mendengar taklimat daripada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim serta Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan berkaitan tadbir urus serta keperluan semasa aset Pasukan.
Hadir sama, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd. Saaduddin, para pegawai kanan KDN dan PDRM.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Bryanlie Mustin






