
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Gelap Mata Hidup Mewah
Ini terbukti apabila Syabu diseludup ke pasaran gelap negara jiran Indonesia boleh mencecah RM100,000 bagi sekilogram manakala harganya meningkat RM300,000 jik...
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Gelap mata dengan kehidupan mewah bakal dikecapi antara faktor utama ahli sindiket pengedaran dadah meneruskan kegiatan jenayah biarpun menyedari risiko hukuman berat menanti.
Berbanding pasaran dalam negara, Syabu hanya mampu dijual RM36,000 sekilogram menyebabkan sindiket lebih memilih menyeludupnya ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan internet dan media sosial meluas menyebabkan pengedar aktif memasarkan barang terlarang itu melalui medium Whatsapp, Telegram atau laman sesawang yang disifatkan rendah risiko.