Johor
Bahru - 6 April 2012. KPN ZIARAH KELUARGA DIRANG : Atas rasa simpati
dan keprihatinan YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati Binti Md. Sobri,
Pengerusi PERKEP Malaysia telah menziarahi keluarga Allahyarham Adik
Nurul Nadirah Binti Abdullah (Dirang) yang turut disertai oleh YDH DCP
Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Haji Mohd. Shariff, Ketua Polis Johor, pagi
tadi.
YDH Tan Sri Haji Ismail dan isteri sempat meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar kepada ibu Dirang, Roselyn Alan dan turut memberikan sedikit sumbangan.
Mengimbas
semula kejadian, Allahyarham Adik Nurul Nadirah disahkan dibunuh dan
dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang
kelapa sawit Nusa Damai, 8 Mac lalu disahkan milik beliau. Hasil
maklumat dan kerjasama daripada orang ramai, pihak polis berjaya menahan
suspek utama kes tersebut.

YDH Ketua Polis Negara bertanya khabar ..

Menyampaikan sumbangan...
Berita: IPK Johor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kpn Ziarah Keluarga Dirang
Atas rasa simpati dan keprihatinan Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, Puan Sri Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia telah menziarahi keluarga All..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-ziarah-keluarga-dirang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.