
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Bersama Pasukan Sahabat Bantu Mangsa Banjir Di Raub
Raub, 19 Disember 2021 - Seramai 91 pegawai dan anggota yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba dan Pen...
Raub, 19 Disember 2021 - Seramai 91 pegawai dan anggota yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terperangkap dalam banjir di Raub, Pahang, hari ini.
Bantuan juga turut diterima daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bertungkus lumus memastikan kesemua mangsa ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka dalam daerah yang terlibat.
Kesemua aset seperti bot tempur, lori, ambulans telah digerakkan bagi memudahkan proses pemindahan dilakukan.
Sumber: Polis Daerah Raub