Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Pacsu 20260828

Published: 28 Aug 2026 10.59 AM Updated: 01 Sep 2026 10.43 PM
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh presidennya, Encik Anuar Mamat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-presiden-pacsu-20260828
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:41 MYT
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh presidennya, Encik Anuar Mamat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan menyampaikan hala tuju dan peranan PACSU, di samping berkongsi pandangan berkaitan perkembangan serta kepentingan warga awam PDRM. Ia turut menyentuh perkara berkaitan Pegawai Awam Polis Sarawak dan Kesatuan Kakitangan Tadbir dan Awam Polis Sabah yang dilihat dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama antara pihak kesatuan dengan pengurusan PDRM.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Ahmad Norhairy Ahmad Dahari.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of dais and text

May be an image of television, the Oval Office, dais and text

May be an image of text

May be an image of dais, the Oval Office and text

May be an image of dais, newsroom, the Oval Office and text

ArticlePublished 28 Aug 2026 10.59 AMUpdated 01 Sep 2026 10.43 PM