Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Kebangsaan 2026 Detasemen Pdrm Perkemas Aksi Sedia Semarakkan Sambutan Ke 69

Diterbitkan: 29 Aug 2026 6.27 AM Dikemas kini: 06 Sep 2026 8.43 PM
Putrajaya, 29 Ogos 2026 – Semangat patriotisme kian terasa di Dataran Putrajaya apabila detasemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil segak dan berdisiplin pada Raptai Penuh Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-kebangsaan-2026-detasemen-pdrm-perkemas-aksi-sedia-semarakkan-sambutan-ke-69
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:11 MYT
Putrajaya, 29 Ogos 2026 – Semangat patriotisme kian terasa di Dataran Putrajaya apabila detasemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil segak dan berdisiplin pada Raptai Penuh Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026, di sini, pagi tadi.

Raptai berkenaan merupakan persiapan akhir PDRM melibatkan penyelarasan pergerakan kontinjen, kawalan keselamatan, pengurusan trafik serta penglibatan aset. Detasemen Sang Saka Biru turut mempamerkan kekemasan formasi, keseragaman pergerakan dan disiplin kawad yang mantap.

Turut menyertai detasemen Sang Saka Biru kali ini ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri yang menunggang seekor kuda bersama Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am/Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas), DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk PDRM, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya dan barisan Ahli Jawatankuasa Induk PDRM 2026.

PDRM kini siapsiaga memberikan penampilan terbaik pada 31 Ogos ini bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69. Orang ramai dijemput hadir ke Putrajaya atau mengikuti kemeriahan sambutan menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia.

Jumpa anda di sana!

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Syed Muhamad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of ‎text that says '‎W த්‍රී ಕ್ರీ MALAYSIA MADANT MADANI ャー سایتسايد KONTINJEN POLIS DIRAJA POLISDIRAJAMA

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of horse and text

May be an image of crowd and text
ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2026 6.27 AMDikemas kini 06 Sep 2026 8.43 PM