Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Tnb
Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Presiden/Ke...
Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Antara intipati perjumpaan tersebut adalah memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada di antara Polis Diraja Malaysia dengan TNB selain membincangkan kerjasama strategik dalam usaha membanteras kes yang melibatkan kecurian elektrik dan harta benda milik badan berkanun tersebut.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Zainuddin Yaacob, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid.
Sesi bergambar kenangan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menandatangani buku pelawat.
Sekitar kunjungan hormat daripada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.