Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Perketat Syarat Buka Akaun Bank Elak Kes Tipu

Diterbitkan: 04 Sep 2020 9.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Bank Negara Malaysia (BNM) diminta memperketatkan syarat ke atas individu yang mahu membuka akaun bagi menangani kes penipuan dalam talian yang semakin meningkat dalam negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-perketat-syarat-buka-akaun-bank-elak-kes-tipu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT

Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Bank Negara Malaysia (BNM) diminta memperketatkan syarat ke atas individu yang mahu membuka akaun bagi menangani kes penipuan dalam talian yang semakin meningkat dalam negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said berkata, syarikat telekomunikasi juga diminta bekerjasama menyalurkan segera identiti dan maklumat pemilik akaun membabitkan pemanggil yang dikesan melakukan jenayah penipuan.

"Kita selalu menghadapi masalah identiti pemanggil kerana menggunakan nombor telefon didaftar di negara kita atau luar negara manakala pemiliknya tidak dapat dikenal pasti.

"Kedua, mereka selalu berhubung melalui internet dan juga Voice Over Internet Protocol (VoIP), sehingga sukar dikenal pasti.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kegiatan ini kerana jenayah penipuan semakin meningkat dan menjejaskan ekonomi kita," katanya pada sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negara, semalam.

Hindari diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Jangan terburu-buru membuat sebarang keputusan apabila dihubungi oleh orang yang tidak dikenali meminta butiran peribadi anda atau rusan perbankan. Anda dinasihat untuk membuat semakan maklumat melalui agensi yang bertanggungjawab.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person, text that says 'yang Perketat syarat buka akaun bank elak kes tipu Lumpur: 'Kedua, mereka selalu berhu- Scam, kedua Proto
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2020 9.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM