
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Eksekutif Operasi Th
Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif Operasi T...
Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji (TH), Tuan Hj. Mohamed Ameen S.M.A Abdul Wahab di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini, hari ini.
Kunjungan tersebut antara lainnya membincangkan mengenai pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Zakat TH bersama warga PDRM yang dijangka mampu mengukuhkan lagi jalinan kolaborasi antara kedua-dua agensi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud serta delegasi TH.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.






