Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Kunjungan Hormat Duta Besar Belanda Ke Malaysia Ke Atas Mdn

Diterbitkan: 27 Jun 2023 10.25 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.23 PM
Putrajaya, 27 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir dalam kunjungan hormat Duta Besar Belanda ke Malaysia, H.E Jacques Louis Werner ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-kunjungan-hormat-duta-besar-belanda-ke-malaysia-ke-atas-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT
 
Putrajaya, 27 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir dalam kunjungan hormat Duta Besar Belanda ke Malaysia, H.E Jacques Louis Werner ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala selain bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan aspek keselamatan antara kedua-dua negara.

Selain itu, program rasmi tersebut merupakan kehadiran sulung Tan Sri Razarudin ke KDN selepas dilantik sebagai KPN ke-14 pada 22 Jun lalu.

Turut hadir, Pegawai Kanan Ekonomi dan Politik, Kedutaan Besar Belanda ke Malaysia, Puan Gyatri Jay Das, Setiausaha Bahagian (Antarabangsa) KDN, Tuan Mohd Azlan Razali, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Mohd Fazley Ab Rahman.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people, newsroom, the Oval Office and dais

May be an image of 2 people, the Oval Office and text that says 'KEMENTERIAN DALAM NEGERI MINISTRY OF HOME AFFAIRS SAFUDON'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people, indoors and text
ArtikelDiterbitkan 27 Jun 2023 10.25 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.23 PM