Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Haji Mohammad Mentek telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Bilik Perbincangan KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Haji Ibrahim, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Lim Leong Hock.