Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Smart Lokap Berjaya Bantu Pdrm Kurangkan Kadar Insiden

Diterbitkan: 12 Oct 2017 1.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2017 - Setelah hampir setahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaplikasikan Sistem Lokap Pintar Teknologi Pelaporan Analitik Pemantauan Sendiri atau lebih dikenali sebagai SMART Lokap di 57 buah lokapnya di seluruh negara, jelas menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan positif.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/smart-lokap-berjaya-bantu-pdrm-kurangkan-kadar-insiden
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:00 MYT

SMART LOKAP: BERJAYA BANTU PDRM KURANGKAN KADAR INSIDEN

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2017 - Setelah hampir setahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaplikasikan Sistem Lokap Pintar Teknologi Pelaporan Analitik Pemantauan Sendiri atau lebih dikenali sebagai SMART Lokap di 57 buah lokapnya di seluruh negara, jelas menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan positif.

SMART Lokap yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada April tahun lalu telah dibangunkan oleh PDRM dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah agensi penyelidikannya MIMOS dengan input daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Sejak PDRM mengaplikasikan SMART Lokap ini, sebanyak 194 unit kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera PoC berteknologi tinggi telah dipasang bagi tujuan mengoptimumkan produktiviti lokap untuk bertindak balas terhadap sebarang insiden, meningkatkan keselamatan penghuni lokap dan mematuhi standard piawaian antarabangsa.

Majlis Penyerahan SMART Lokap ini secara sepenuhnya di antara MIMOS Berhad dengan PDRM telah diadakan secara rasminya di Ekspo Ekonomi Inovasi dan Kreatif Negara (NICE) 2017 dekat Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, pagi tadi. PDRM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim telah menerima sistem pengurusan SMART Lokap tersebut daripada Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya.

Tan Sri Noor Rashid menyatakan kewujudan SMART Lokap ini telah membuktikan bahawa ianya adalah suatu pelaburan berbaloi buat PDRM yang kini bakal bertaraf “World Class Policing”. “Secara automatiknya, melalui SMART Lokap ini PDRM dapat meningkatkan keberkesanan tindak balas ke atas sesuatu insiden, pencarian video forensik yang lebih cekap dan kebolehan mendapatkan data asal video yang lebih konsisten,” ujar beliau. Terdahulu NICE yang dianjurkan oleh MOSTI telah dirasmikan sepenuhnya pagi tadi oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri dan boleh dihadiri oleh orang ramai sehingga 16 Oktober ini.

Majlis Penyerahan SMART Lokap tadi turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato' Mat Kasim Karim yang mewakili Pengarah StaRT Bukit Aman, para Pegawai Kanan PDRM dan para pegawai kementerian dan rakan-rakan media.

Ucapan Perasmian (NIce'17) oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Ucapan Perasmian (NIce'17) oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
Antara yang hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

.Antara Pegawai Kanan yang hadir
Antara Pegawai Kanan yang hadir

Antara menteri-menteri yang hadir.
Antara menteri-menteri yang hadir..

Pelancaran Nice'17
Pelancaran Nice'17.

Sesi penyerahan Plak oleh Ketua Setiausaha MOSTI, kepada Timbalan Ketua Polis Negara.
Sesi penyerahan Plak oleh Ketua Setiausaha MOSTI, kepada Timbalan Ketua Polis Negara.

Sistem Smart Lokap.
Sistem Smart Lokap.

Taklimat diberikan oleh Ketua Polis Daerah Sentul.
Taklimat diberikan oleh Ketua Polis Daerah Sentul.

Sekitar sesi sidang media.
Sekitar sesi sidang media.
ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2017 1.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM