
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank...
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Dato’ Mohd Muazzam Mohamed, di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan kerjasama antara PDRM dan Bank Islam Malaysia Berhad dalam program melibatkan perkongsian ilmu dan literasi kewangan selain cadangan mengenai pembayaran saman.
Hadir sama, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Penolong PengarahPengurusan
(Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan