Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Pengerusikan Taklimat Penambahbaikan Kemudahan Logistik Untuk Operasi Jsj Dan Jsjn

Diterbitkan: 06 Feb 2024 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Taklimat Penambahbaikan Kemudahan Logistik Untuk Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-taklimat-penambahbaikan-kemudahan-logistik-untuk-operasi-jsj-dan-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Taklimat Penambahbaikan Kemudahan Logistik Untuk Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Antara agenda taklimat sebentar tadi adalah pembentangan keperluan untuk penambahbaikan kemudahan logistik bagi kedua-dua jabatan berkenaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Datuk Zainuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah JSJ (Risikan dan Operasi) Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abdul Manan, Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta para pegawai kanan JSJ dan JSJN.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan

May be an image of 1 person and text that says 'MAN RAZARUDIN DELL'

May be an image of 9 people, table and text that says 'фHOT IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA AYSIA BUKIT AMAN OBJEKTIF AMOHON'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people and text

ArtikelDiterbitkan 06 Feb 2024 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM