
Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Itali Ke Malaysia
Lumpur, 20 Oktober 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Itali ke Malaysia, H.E Massimo Rustico bersama delegasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Intipati kunjungan tersebut menyentuh mengenai isu keselamatan dan jalinan kerjasama dua hala antara pihak kedutaan dengan Polis Diraja Malaysia. Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tadi ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman,
DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.
Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan), Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, SAC Zakaria Ismail, Penolong Pengarah Persenjataan (CBRNE), JLog Bukit Aman, ACP Abdul Jalil Salim, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Superintendan Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loh Pey Pey.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang