
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Presiden Mapa
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat Presiden Pe...
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Pesara polis, SAC Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad yang mengetuai delegasi MAPA hadir bagi membincangkan persiapan Persidangan Tahunan MAPA ke-36 yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini, selain Simposium Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang akan diadakan serentak dengan persidangan berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yusof serta Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




