Artikel
Opbanjir Video Pilihan Polis Ipd Rompin Bantu Pindahkan Mangsa Banjir
Pasukan penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin digerakkan tanpa berlengah, meredah air bah demi menyelamatkan nyawa dengan membantu memindahkan...
Pasukan penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin digerakkan tanpa berlengah, meredah air bah demi menyelamatkan nyawa dengan membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sepayang, Kuala Rompin, Pahang, semalam.
Petugas turut meredah laluan yang dinaiki air bagi memastikan mangsa terperangkap dapat diselamatkan dengan segera menggunakan aset Pasukan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Pontian.
Sumber: Polis Daerah Rompin
