
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thail...
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia, H.E. Ms. Lada Phumas, bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membincangkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Thailand, khususnya dalam aspek keselamatan dan persempadanan yang merupakan elemen penting dalam usaha mengekalkan keselamatan serantau dan keharmonian bersama.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Fisol Salleh, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali serta Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Azhar Sepawi.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid




