Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Cek Sumbangan Yayasan Albukhary Kepada Tawp

Diterbitkan: 24 May 2024 5.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima cek sumbangan bernilai RM1 juta kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Tahun 2024 daripada Yayasan Albukhary.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-cek-sumbangan-yayasan-albukhary-kepada-tawp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:28 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima cek sumbangan bernilai RM1 juta kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Tahun 2024 daripada Yayasan Albukhary.

Sumbangan tersebut berlangsung di Bilik Tetamu KPN di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, seusai Majlis Perhimpunan Bulanan KPN Bulan Mei, pagi tadi.

Cek sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Yayasan Albukhary, Dato’ Sri Ambrin Awaluddin kepada Tan Sri Razarudin sambil diiringi oleh Pengarah Pengurusan selaku Ahli Tetap Lembaga Pengurus TAWP, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Zailanni Amit.

Berucap ringkas dalam majlis tadi, Tan Sri Razarudin menyampaikan penghargaan bagi pihak seluruh warga Pasukan terhadap inisiatif dan kolaborasi korporat yang telah dijayakan di antara PDRM dengan Yayasan Albukhary.

“Sesungguhnya pemberian ini amat bermakna buat TAWP terutama kepada penerima-penerima maanfaat iaitu terdiri daripada pesara polis, bekas polis dan waris di bawah tanggungannya,” ucap beliau.

TAWP yang diwujudkan sejak 1992 kini memberi pelbagai manfaat kepada mereka yang layak, antaranya bantuan khairat kematian, bantuan kerusi roda, tongkat, katil pesakit, bantuan perubatan dan pendidikan serta bencana alam.

Seramai 72,882 golongan sasaran yang masih aktif direkodkan dalam Kumpulan Amanah Wang Persaraan, dengan 55,894 daripadanya adalah pesara polis yang telah berdaftar dengan sistem e-Pesara PDRM.

Hadir sama tadi ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Bukit Aman, ACP Mazratul Akmar Ahamed Sabki serta Ketua Bahagian Undang-undang dan Kawal Selia Yayasan Albukhary, Puan Melati Abdul Hamid.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 1 person and text that says 'RAZARUDIN IVE'

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'MALAYS ΜA Yai'

May be an image of 3 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 24 May 2024 5.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM