
Artikel
Kpn Tan Sri Razarudin Pengerusikan Mesyuarat Khas Pertama Di Bukit Aman
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dihadiri oleh barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander dan...
Kuala Lumpur, 30 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Khas KPN yang pertama di Bukit Aman, di sini.
Selain menetapkan hala tuju Pasukan di landasan yang lebih tepat, mesyuarat khas tersebut turut menyentuh amanat Tan Sri Razarudin mengenai isu berkaitan integriti dan kebajikan warga PDRM serta peranan tata kelola barisan kepimpinan tertinggi di semua peringkat dalam memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Turut diberi tumpuan dalam mesyuarat tadi ialah aspek pengurusan media dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan barisan Ketua Urus Setia KPN.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang
.